Bukan Sebab Keturunan, Wanita Ini Dedah Punca Tinggi Lebih 2 Meter

Menjadi seorang yang tinggi bukanlah indah seperti yang disangka. Sering digelar dengan panggilan ‘zirafah’, wanita dari Brazil ini merupakan wanita tertinggi di dunia dengan ketinggian 2.1 meter.

bukan sebab keturunan, wanita ini dedah punca tinggi lebih 2 meter

Elisane Silva mula sedar ketinggiannya berbeza dengan rakan sebaya sejak dari usia 10 tahun lagi. Ketika itu, beliau sudahpun mempunyai ketinggian 1.7 meter.

 

Semakin menginjak dewasa, pada usianya kini 26 tahun, ketinggian wanita itu sudah pun melebihi 2 meter, menghampiri ketinggian tiang gol bola sepak.

bukan sebab keturunan, wanita ini dedah punca tinggi lebih 2 meter

Kedua orang tuanya pula mempunyai ketinggian biasa iaitu 1.6 meter dan 1.7 meter masing-masing bagi ibu dan bapanya, menunjukkan ketinggian yang dimiliki Elisane bukanlah diwarisi daripada keluarga.

 

Ia sebenarnya disebabkan tumor kelenjar pituitari yang merangsang hormon tumbesaran wanita itu menjadi lebih banyak, menyebabkan ketinggiannya tidak terkawal.

bukan sebab keturunan, wanita ini dedah punca tinggi lebih 2 meter

Beliau sedar akan tumor itu sejak dari tahun 2010 menerusi sebuah rancangan di TV, namun tidak mampu untuk membayar kos ujian atau rawatan di hospital.

 

Kini, wanita itu secara rasmi dianggap sebagai wanita tertinggi di Brazil dan juga dunia.

bukan sebab keturunan, wanita ini dedah punca tinggi lebih 2 meter

Beliau juga sudah berkahwin dengan pasangannya yang ada ketinggian normal serta dikurniakan seorang anak.

 

Sumber: Metro UK