Seorang wanita di Taiwan tetap komited untuk hadir bekerja meskipun tertelan berus gigi sepanjang 18 sentimeter gara-gara menggunakannya pada posisi yang salah.
Menurut laporan, wanita itu berasa sangat letih pada waktu kejadian dan tergesa-gesa bersiap untuk ke tempat kerja.
.
Namun secara tidak sengaja beliau tertelan berus gigi, namun tetap hadir ke pejabat terlebih dahulu sebelum ke hospital tujuh jam kemudian.
.
Doktor yang merawat mangsa terkejut mendengar penjelasannya dan segera menjalankan ujian X-ray bagi menentukan kedudukan berus gigi tersebut.
.
Bagaimanapun X-ray tidak berjaya mengesan berus gigi itu, sebelum doktor menggunakan kaedah endoskopi dengan memasukkan wayar serta kamera ke dalam mulut wanita tersebut.
.
Berus gigi itu berjaya dikesan di saluran esofagus yang menyebabkan tisu di sekelilingnya merah dan membengkak.
.
Wanita itu juga bernasib baik kerana tidak perlu menjalani pembedahan dan berus gigi itu berjaya ditarik keluar menggunakan alatan endoskopi.
.
Sumber: [1]