Wanita Ini Terkejut Pertama Kali Lihat Pisang Sebesar Lengan!

Seorang wanita dari Somerset, England terkejut apabila pertama kali melihat sendiri pisang gergasi sebesar lengannya ketika sedang mengemas barangan dapur, baru-baru ini.

wanita ini terkejut pertama kali lihat pisang sebesar lengan!

Sam Palmer, 31, berkata ibunya yang keluar membeli barangan dapur itu juga tidak menyedari saiz pisang berkenaan sehinggalah ia dikeluarkan daripada plastik.

wanita ini terkejut pertama kali lihat pisang sebesar lengan!

Memetik laporan dari The Sun, pisang itu dibeli di sebuah pasar raya tempatan, Morrisons, dan mempunyai panjang kira-kira 30 sentimeter.

“Ini pisang paling besar pernah saya temui. Saiznya adalah tiga kali ganda daripada pisang biasa saya beli atau pernah lihat.

“Rasanya juga lebih sedap. Pisang terbaik yang pernah saya makan,” katanya.

wanita ini terkejut pertama kali lihat pisang sebesar lengan!

Palmer menambah isi pisang itu juga lebih tebal berbanding pisang biasa.

Sumber: The Sun