Ubati Kesepian, Wanita Ini Tawar Khidmat Hantar Mesej ‘Good Night’

Seorang wanita di China menawarkan perkhidmatan menghantar pesanan mesej ‘selamat malam’ kepada sesiapa sahaja bagi mengubati kesepian.

ubati kesepian, wanita ini tawar khidmat hantar mesej ‘good night’

Jui Mei mula menjual ucapan selamat malam pada 2012 apabila dirinya sendiri dihantui masalah kesunyian dan kesukaran untuk tidur malam.

.

Sejak dari itu, beliau telah pun menghantar lebih 30,000 ucapan selamat malam dan berasa gembira melakukannya.

.

Dengan ucapan selamat malam yang berharga S$0.21 (kira-kira 93 sen) bagi setiap teks, pelanggan boleh memesan ucapan selama seminggu, sebulan mahupun setahun.

.

Beliau juga tidak menetapkan sebarang format ucapan yang dihantar, sama ada dengan emoji muka tersenyum mahupun tidak, atau berkongsi cerita serta moodnya sendiri ketika itu.

.

Kerjayanya ini akan bermula sekitar jam 10 malam dengan peruntukan masa lima minit bagi setiap mesej yang panjangnya lebih 200 aksara Cina.

.

Setakat ini, Jiu Mei telah menerima kira-kira 40 pesanan teks dan ketika waktu puncak beliau akan menghantar lebih 300 mesej dalam sehari.

.

Jadi bayangkan pendapatan yang diperoleh Jiu Mei untuk setiap malam, 300 mesej x 93 sen = hampir RM300 setiap hari dan RM9,000 sebulan!

.

Fuh!

 

Sumber: [1]