Seorang wanita berkongsi kisah seram yang dialaminya ketika berada di sebuah hospital apabila terlihat sepasang kaki pucat berdiri disebalik tirai katil yang tertutup.
![wanita kongsi kisah seram lihat kaki pucat berdiri dibalik tirai katil [video]](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot-2023-12-22-at-12-45-48-pm.png)
Kejadian yang berlaku di Indonesia itu dikatakan terjadi kira-kira jam 1 pagi (waktu tempatan).
Menurut wanita terbabit, beliau terlihat sepasang kaki sedang berdiri dan tidak bergerak disebalik tirai sebuah katil pesakit bersebelahan dengan katil beliau.
![wanita kongsi kisah seram lihat kaki pucat berdiri dibalik tirai katil [video]](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot-2023-12-22-at-12-46-05-pm.png)
Video yang dimuatnaik menerusi Tiktok telah menjadi perhatian ramai dengan pelbagai spekulasi berbeza.
Watch on TikTok
Rata-rata warganet turut menyatakan rasa seram melihat kaki tersebut yang dikatakan bukan kaki manusia normal. Malah, ada juga yang berkata ia adalah kaki manusia kerana ia menyentuh lantai.
Apa kata anda?
Sumber: Tiktok