Wanita Selamat Lahirkan Anak Lepas Guna Mod Autopilot Tesla

Seorang wanita di Amerika Syarikat selamat melahirkan seorang bayi perempuan di tempat duduk hadapan kereta elektrik pintarnya yang sedang bergerak dalam mod autopilot.

wanita selamat lahirkan anak lepas guna mod autopilot tesla

Yiran Sherry, 33, bersama suaminya Keating Sherry, 34, dan anak lelaki mereka berusia 3 tahun berada dalam kereta ketika proses kelahiran itu berlaku pada 9 September 2021 lalu.

wanita selamat lahirkan anak lepas guna mod autopilot tesla

Menurut laporan, mereka tidak dapat menunggu sehingga tiba di hospital setelah terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, yang mana ketika itu air ketuban Yiran telahpun pecah.

 

Bagi membantu proses kelahiran isterinya itu, Keating meletakkan kereta Tesla miliknya dalam mod autopilot, dengan navigasi ke hospital yang terletak 20 minit dari lokasi mereka berada.

 

‘’Dia genggam tangan saya sehingga saya berasa sakit. Saya berkata,  Yiran, fokus pada pernafasan kamu. Adrenalin saya memuncak,’’ jelas Keating.

 

Sebaik kereta yang diletakkan pada mod autopilot itu tiba di hospital, jururawat bergegas memotong tali pusat bayinya dan semuanya sihat serta selamat.

 

‘’Sebaik sahaja pakar pediatrik berkata, ‘Dia sihat, tahniah’, itu adalah nafas lega bagi saya,’’ kata Keating.

wanita selamat lahirkan anak lepas guna mod autopilot tesla

Bayi itu diberikan nama Maeve dan kini digelar sebagai bayi Tesla pertama di dunia.

 

Sumber: [1]