Wanita Saman Restoran Segera Akibat Terbatal Puasa Lepas Tengok Iklan

Seorang wanita di Rusia telah bertindak menyaman sebuah restoran segera kerana menyebabkan dia berbuka puasa selepas tidak tahan melihat iklan restoran itu memaparkan gambar burger yang menyelerakan.

wanita saman restoran segera akibat terbatal puasa lepas tengok iklan

Kejadian yang berlaku pada April 2019 kepada wanita berkenaan yang sedang berpuasa dan beliau dilarang untuk makan daging atau sebarang produk berasakan haiwan.

 

Dalam aduannya, wanita berkenaan dilaporkan tidak memakan sebarang jenis daging selama sebulan.

 

Namun ketika sedang berjalan di bandar Omsk, wanita itu terlihat papan iklan memaparkan menu burger restoran segera itu dalam keadaan yang menyelerakan.

 

Beliau tidak mampu menahan dirinya yang sedang berpuasa, lantas segera ke restoran berdekatan untuk membuat pesanan burger buat dirinya.

 

Akibat daripada insiden itu, beliau berasa menyesal atas kelemahan diri lalu menyalahkan iklan tersebut.

 

“Pada ketika itu, saya telah berpuasa selama sebulan, namun apabila saya terlihat iklan tersebut, saya tidak mampu menahan diri daripada membeli Cheeseburger.

“Dalam kejadian itu, saya melihat berlakunya pencabulan ke atas undang-undang perlindungan pengguna.

“Justeru, saya memohon mahkamah untuk menyiasat dan sekiranya pelanggaran undang-udang didapati berlaku, saya meminta wang pampasan daripada restoran segera itu untuk kerosakan moral berjumlah 1,000 ruble (RM58),” katanya dalam satu kenyataan.

 

Bagaimanapun tarikh bagi perbicaraan awal kes itu masih belum ditetapkan.

 

Sumber: Kosmo!