Wanita Bersaiz Super Ini Jana Pendapatan Dari Berat Badannya Sendiri

Seorang wanita yang memiliki berat badan obes telah menjana pendapatan bulanan lebih £1,500 (kira-kira RM8,496) sebulan.

wanita bersaiz super ini jana pendapatan dari berat badannya sendiri

Semuanya disebabkan kandungan yang dibuat beliau seperti tersekat pada pintu dan dalam kereta serta berdiri sebelah orang lebih kecil yang nyata menghiburkan penonton, khasnya kaum lelaki.

 

Danielle Birch, 25, dari Plymouth, London memiliki berat badan mencecah 222.25 kilogram, menjadikan ia sebagai satu kelebihan berbanding orang lain.

wanita bersaiz super ini jana pendapatan dari berat badannya sendiri

Mana tidaknya, beliau telah mereka kandungan menghiburkan dan menjualnya pada harga £2.90 (RM16.43) manakala klip berdurasi 20 minit boleh didapati pada harga RM41.35.

 

“Ramai berminat untuk melihat bagaimana berat badan mempengaruhi kehidupan saya.

“Saya dikategorikan sebagai bersaiz super untuk wanita dengan berat antara 158.8 kilogram hingga 226.8 kilogram’’ jelas beliau.

 

Antara kandungan lain yang dihasilkannya adalah mencuba pakaian yang kecil dan comel yang tidak muat dengan saiz tubuh badannya.

 

Kebiasaannya, beliau akan menghabiskan masa 3 hari untuk meyiapkan video yang akan dimuatnaik dalam tempoh seminggu.

 

Sumber: [1]