Berat Badan Hanya 37kg, Wanita Ini Obses Pinggang Bak Kerengga

Seorang wanita dari Vietnam dan kini menetap di Amerika Syarikat mengaku hanya makan sekali sehari dan memakai bengkung semata-mata demi mendapatkan bentuk tubuh bagaikan kerengga.

berat badan hanya 37kg, wanita ini obses pinggang bak kerengga

An Ky yang juga bekerja sebagai penari sambilan mempunyai ukur lilit pinggang bersaiz 46 sentimeter sahaja.

 

Bentuk tubuhnya mula disedari ketika lawatannya ke AS pada musim sejuk lalu, dan dimaklumkan bahawa ia sangat kecil untuk wanita bersaiz normal sepertinya.

 

Ketika beliau berusia 18 tahun, beliau memiliki berat badan 50 kg dengan saiz pinggang 60 sentimeter dan kini pada usianya 26 tahun, berat badannya hanya 37 kg dengan ukur lilit pinggang 46 sentimeter.

berat badan hanya 37kg, wanita ini obses pinggang bak kerengga

Beliau menyatakan rasa obses dengan pinggang kecil seperti itu dan sanggup makan hanya sekali sehari dan berhenti makan makanan berkanji. Beliau melebihkan buah-buahan, sayur-sayuran dan juga dada ayam untuk mendapatkan tenaga.

 

Bagaimanapun, disebabkan pinggangnya terlalu kecil, ia menyukarkannya mendapatkan saiz seluar yang bersesuaian dan terpaksa mengecilkan saiz seluar yang kosnya lebih mahal berbanding harga seluar itu sendiri.

Kisah mengenai pinggang kerengga wanita ini mendapat perhatian ramai pengguna media sosial dan ada yang memberi amaran tindakan memakai bengkung yang sangat ketat boleh merosakkan organ dalaman dalam jangka masa panjang.

 

Sumber: Kosmo!