Wanita Menyamar Jadi Doktor Hospital Awam Walau Tidak Belajar Medik

Mungkin ramai antara kita yang ingin menjadi doktor merawat serta menyelamatkan ribuan nyawa. Ia boleh dicapai sekiranya mengikuti kursus perubatan dan latihan selama beberapa tahun sebelum layak dilantik sebagai doktor.

 

Namun seorang wanita berusia 20 tahun ini telah menjadi doktor di sebuah hospital awam meskipun tanpa kelayakan khusus dan juga tidak menjalani sebarang latihan kedoktoran.

wanita menyamar jadi doktor hospital awam walau tidak belajar medik

Kejadian berlaku di Turki selepas keluarga wanita itu meletakkan harapan supaya dia mampu menjadi seorang doktor. Namun beliau gagal dalam peperiksaan memasuki kursus medik.

 

Enggan menghampakan keluarga, wanita itu menipu ibu dan bapanya kononnya dia sudah diterima kasih ke Universiti Capa Medical dan sedang mengikuti kursus perubatan untuk menjadi doktor. Beliau turut memalsukan sijil dan keputusan peperiksaan semata-mata demi menjadi seorang doktor.

wanita menyamar jadi doktor hospital awam walau tidak belajar medik

Kegiatan wanita itu tidak berakhir disitu, beliau turut memalsukan kad pelajar dan meluangkan masa di universiti itu bersama para pelajar medik yang sebenar.

 

Beliau kemudian mendapat tawaran untuk bekerja di sebuah hospital selepas melihat kepada pencapaian akademik dan sijil-sijil yang diperoleh wanita itu, meskipun semua itu adalah palsu.

 

Sepanjang berada di hospital itu untuk tempoh setahun, beliau ditugaskan untuk melakukan segala yang berkaitan dengan kedoktoran, termasuklah melakukan pembedahan. Namun, rahsia wanita itu mulai terbongkar selepas beliau sering kali mengelak dan tersalah jawapan apabila ditanya mengenai kesihatan pesakit. Akibat itu, pihak hospital segera melaporkan kepada pihak berkuasa dan wanita itu ditangkap.

Pihak berkuasa yang menggeledah rumah wanita itu turut menemui beberapa kad pengenalan palsu dari beberapa hospital di Turki, dokumen dan unifom perubatan.

wanita menyamar jadi doktor hospital awam walau tidak belajar medik

Sumber: Oddity Central