Wanita Kuat Membawang Zaman Dulu Pernah Dihukum Pakai Topeng Besi

Istilah membawang merujuk kepada aktiviti bergosip, tadak kira jantina lelaki atau perempuan.

wanita kuat membawang zaman dulu pernah dihukum pakai topeng besi

Tahukah anda, bergosip dan menabur fitnah sudah menjadi tabiat manusia dari dulu lagi, dan ketika itu terdapat hukuman khas bagi mereka yang didapati bersalah. Menurut Wiki, pada zaman Pertengahan wanita yang bergosip akan dikenakan hukuman memakai topeng besi, juga dikenali sebagai Scold's bridle.

wanita kuat membawang zaman dulu pernah dihukum pakai topeng besi

Perkataan Scold's bridle diambil daripada dua perkataan yang membawa maksud:

Scold’s: perbuatan menghina yang dilihat menjengkelkan.

Bridle: penutup kepala atau topeng yang dipakaikan kepada kuda semasa menunggang.

 

Tujuan utama memakai Scold's bridle adalah bagi menghalang si pemakai daripada bercakap, seterusnya menghalang mereka daripada bergosip/membawang atau menyebarkan fitnah kepada orang lain.

wanita kuat membawang zaman dulu pernah dihukum pakai topeng besi

Lebih menakutkan, ada Scold's bridle yang dipasangkan bersama paku tajam bagi mengikat lidah jika si pemakainya cuba untuk bercakap.

wanita kuat membawang zaman dulu pernah dihukum pakai topeng besi

Perbuatan bergosip pada zaman itu dilihat sebagai satu kesalahan, hinggalah hukuman Scold's bridle ini dihapuskan sepenuhnya menjelang penjajahan kolonis Amerika.

 

Sumber: Wiki / ODISI