Baru-baru ini, kisah seorang suami yang meninggalkan isterinya di dalam hutan selama beberapa hari menjadi tular di media sosial.
Wanita berusia 50 tahun itu dipercayai berasal dari Garut, Indonesia serta dikenali sebagai Ikah. Dia merupakan penduduk Kampung Lewo Wetan.
Menurut Ketua Masyarakat Kampung Lewo Wetan, Nova Wylian, wanita itu merupakan salah seorang penduduk di kampung terbabit.
“Memang penduduk saya sudah pindah ke Cianjur, dibawa suami dan viral di media sosial terbiar di hutan Cikampek,” katanya ketika dihubungi media tempatan.
Beliau turut mengesahkan wanita itu menjadi mangsa buangan suami sendiri dan kini dirawat di sebuah hospital kawasan Karawang.
“Punca suaminya meninggalkannya didakwa kerana Puan Ikah diserang angin ahmar,” katanya.
Tambah Nova, keluarga asal Garut itu kini berada di Karawang untuk menjemput mangsa pulang.
“Dia dirawat dulu, mohon doa dan sokongan, semoga berjalan lancar, semoga Puan Ikah dapat pulang ke kampung halaman dengan selamat.”
Sumber: Kompas