Wanita Ini Dipecat Sebab Sering MC Masa Hari Isnin

Setiap kali tiba hari Isnin, pasti ramai pekerja yang berhadapan dengan ‘Monday Blues’, berasa malas untuk ke tempat kerja selepas dua hari bercuti di hujung minggu.

 

Pelbagai alasan diberikan pekerja untuk tidak hadir bekerja pada hari Isnin, sama ada alasan itu logik dan benar ataupun sengaja dibuat-buat.

 

Seorang pendandan rambut dari London didapati sering memberikan alasan senggugut yang membolehkan dirinya mengambil cuti sakit khasnya pada hari Isnin. Akibat itu, majikannya telah memecat wanita bernama Celine Thorley, 25.

wanita ini dipecat sebab sering mc masa hari isnin

Celine kemudian membawa perkara itu kepada muka pengadilan untuk mendapat keadilan.

 

Mahkamah yang bersidang kemudian mendapati majikannya bernama Christian Donnely, 39, gagal mengikuti proses pemecatan yang telus dan alasan yang diberikan Celine itu adalah kukuh, lalu majikannya diperintah untuk membayar pampasan sebanyak 3,453-pound Sterling (kira-kira RM18,406) kepada Celine.

 

Konflik antara Celine dan majikannya tercetus selepas kedai bernama Acute Barbers di Cardiff University Students Union memberi amaran kepada Celine ketika hujung syif, pada satu Jumaat, supaya jangan hampakannya dengan tidak datang bekerja pada Isnin.

 

Namun pada Isnin, Celine menghantar mesej kepada majikannya mengatakan dia tidak dapat datang bekerja kerana sakit. Majikannya kemudian memecatnya kerana mengambil banyak cuti sakit berbanding dengan rakan sekerjanya yang lain pada tahun pertama bekerja.

 

Menurut majikan Celine, sebanyak 17 kali Isnin dan Selasa beliau tidak hadir bekerja.

 

Celine memberitahu mahkamah yang dia menghidap endometriosis iaitu satu keadaan yang menyebabkan sakit pada pelvis, yang mana dia tidak boleh bergerak. Meskipun begitu, penyakitnya itu masih belum disahkan oleh pakar sakit puan.

 

Sumber: HMetro