Wanita Ini Jatuh Cinta Dengan Alien Lepas Penat Dengan Lelaki Di Bumi

Selepas mengadu sudah letih bercinta dengan lelaki di Bumi, seorang wanita mendakwa telah diculik sebuah objek tidak dikenali (UFO) dan bercinta dengan makhluk asing.

wanita ini jatuh cinta dengan alien lepas penat dengan lelaki di bumi

Abbie Bela, yang juga seorang pelakon dari Britain sebelum ini pernah bergurau mengenai keinginannya untuk diculik makhluk asing sebelum sering bermimpi perkara aneh.

 

“Sejak itu, saya mula bermimpi melihat lampu berwarna putih pada setiap malam. Pada satu malam, terdapat satu suara dalam mimpi saya yang berkata, ‘tunggu di tempat biasa’.

“Pada keesokan malamnya, ketika saya tertidur di tepi tingkap rumah yang terbuka, satu objek muncul dari luar rumah.

“Saya dapat lihat lampu terang berwarna hijau dan secara tiba-tiba saya dibawa masuk ke dalam UFO tersebut,” katanya.

 

Abbie mendakwa terdapat lima makhluk asing dalam UFO tersebut, dengan anggota badan seperti manusia cumanya ia amat tinggi dan kurus.

wanita ini jatuh cinta dengan alien lepas penat dengan lelaki di bumi

Katanya lagi, salah satu daripada makhluk asing itu tertarik dengannya dan beliau yakin wujud perasaan yang sama antara kedua mereka.

 

“Satu daripada makhluk asing itu tertarik kepada saya.

“Saya turut merasakan perasaan yang sama. Kata makhluk asing itu, saya perlu bersetuju untuk tinggal bersama mereka, namun saya menolak  kerana bimbang akan diculik buat selamanya,” ujarnya.

 

Selepas diculik selama 20 minit, beliau dihantar pulang ke rumah dengan selamat. Abbie kini berharap agar makhluk asing itu kembali semula dan membawanya untuk tinggal di angkasa lepas selama-lamanya.

 

Sumber: Daily Star