Hanya Berbaring 23 Jam Sehari, Wanita Ini Alergik Dengan Graviti

Seorang wanita berusia 28 tahun dari Amerika Syarikat mendakwa dirinya alahan kepada graviti, hingga memaksa dirinya berbaring untuk 23 jam setiap hari.

hanya berbaring 23 jam sehari, wanita ini alergik dengan graviti

Kesan daripada alahan itu juga membuatkan wanita yang dikenali sebagai Lyndsi Johnson, pengsan lebih 10 kali sehari dan tidak mampu untuk berdiri lebih daripada 10 minit dalam satu-satu masa.

 

Wanita itu mendakwa dirinya mengalami satu penyakit yang amat jarang terjadi, hingga menyebabkan juga dia perlu duduk secara bersila atas kerusi bagi mengurangkan rasa sakit.

 

Dalam satu laporan, Lyndsi telah mengalami sakit pada bahagian belakang sejak dari 2015. Tahun demi tahun, simptomnya semakin bertambah teruk, menyebabkan dia sering muntah-muntah dan pengsan hingga 10 kali sehari.

 

Menurut doktor yang merawatnya, beliau didiagnos dengan penyakit yang disebut sebagai postural orthostatic tachycardia syndrome (PoTS), satu keadaan yang menghasilkan pengurangan jumlah darah dan peningkatan kadar denyutan jantung yang tidak normal apabila seseorang berdiri atau duduk.

hanya berbaring 23 jam sehari, wanita ini alergik dengan graviti

Namun bagi Lyndsi, beliau menganggap penyakit itu sebagai alergik kepada graviti, menyebabkan dia hanya mampu berbaring di atas katil hampir setiap masa setiap hari.

 

Disebalik penyakitnya itu, beliau kini sedang berusaha menyambung pengajian dalam ijazah bisnes muzik. Beliau juga berharap akan kembali pulih dan mampu bekerja semula seperti sebelum ini.

 

Sumber: NDTV