Wanita Sarat Hamil Terkejut Lepas Muntah Keluar Cacing 15 Sentimeter

Seorang wanita yang sedang sarat hamil terkejut selepas menemui dua ekor cacing masing-masing sepanjang 10 dan 15 sentimeter dalam muntahnya.

wanita sarat hamil terkejut lepas muntah keluar cacing 15 sentimeter

Kejadian berlaku di Thailand selepas pasukan doktor dari Hospital DonSak memeriksa wanita berusia 27 tahun itu.

 

Menurut laporan, doktor percaya wanita itu mengalami simptom berkenaan selepas termakan parasit daripada buah-buahan dan sayuran yang tercemar.

 

Kisah wanita itu telah dikongsikan menerusi Facebook Hospital DonSak.

wanita sarat hamil terkejut lepas muntah keluar cacing 15 sentimeter

Ujar doktor, wanita hamil itu mengalami sakit perut, loya dan muntah-muntah sehari sebelum dia dibawa ke hospital.

 

Ketika tiba di hospital, wanita itu muntah lagi hingga mengeluarkan dua ekor cacing sepanjang 10 hingga 15 sentimeter.

 

Ujian makmal mengesahkan cacing itu adalah spesis ascaris lumbricoides. Ia boleh membiak daripada telur cacing yang dimakan dalam makanan.

wanita sarat hamil terkejut lepas muntah keluar cacing 15 sentimeter

Doktor kemudian mengesahkan pesakit ada makan hidangan sayuran segar yang belum dimasak.

 

“Ketika ditanya, pesakit mengaku makan hidangan bersama sayuran segar yang belum dimasak,” kata doktor.

 

Mujur wanita hamil itu dapat diselamatkan dan ubat antihelminthic telah diguna untuk membunuh parasit berkenaan.

 

Sumber: Utusan