Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) dilaporkan hamil anak kedua ketika sedang masih mengandungkan anak pertama.
Menurut laporan, wanita yang dikenali sebagai Odalis Martinez, disahkan hamil anak pertamanya pada November 2020 selepas mengalami keguguran beberapa bulan sebelumnya.
Ketika menjalani pemeriksaan kandungan, doktor mendapati terdapat dua kantung bayi berbeza yang disenyawakan pada minggu sama dengan perbezaan hanya lima hari.
Fenomena ini juga disebut sebagai superfetasi, iaitu kehamilan kedua berlaku beberapa hari atau minggu selepas kehamilan pertama.
“Mereka seperti pasangan kembar tetapi sebenarnya bukan. Namun rupa sangat mirip antara satu sama lain.
“Kebiasaannya jika orang bertanya adakah Lilo dan Imelda kembar, saya hanya mengiakan kerana enggan mengelirukan mereka,” jelasnya.
Wanita itu kini selamat melahirkan kedua-dua anaknya pada 10 Ogos 2021.
Sumber: [1]