Minyak Makin Mahal, Wanita Ini Pilih Kereta Kuda Ganti SUV Miliknya

Ekoran daripada peningkatan kos bahan api dan bagi menjimatkan minyak, seorang wanita memilih menggunakan kereta kuda dan meninggalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) miliknya di rumah.

minyak makin mahal, wanita ini pilih kereta kuda ganti suv miliknya

Menurut laporan, Stephanie Kirchner, 33, tidak kisah jika perlu menempuh perjalanan lebih panjang ke tempat kerja kerana ia pilihan terbaik ketika kos bahan api semakin meningkat ketika ini.

.

Setiap hari beliau perlu menempuh perjalanan kira-kira enam kilometer dari rumahnya di barat Jerman.

Meskipun menggunakan kereta kuda dapat menjimatkan kos sehingga 250 Euro (kira-kira RM1,162) sebulan, beliau terpaksa menempuh perjalanan lebih lama iaitu kira-kira satu jam, berbanding hanya 15 minit jika menggunakan kereta.

.

Sumber: [1]