Wanita Ini Dibuang Kerja Kerana Hamil Lagi Masa Cuti Bersalin

Cuti bersalin adalah salah satu kemudahan khas yang diberikan khusus kepada pekerja wanita yang perlu melahirkan anak. Ketika cuti bersalin, gaji dan manfaat lain pekerja itu akan diberikan seperti biasa.

wanita ini dibuang kerja kerana hamil lagi masa cuti bersalin

Bagaimanapun seorang wanita di Britain ini terpaksa menerima pampasan selepas dipecat kerana hamil semasa beliau sedang cuti bersalin.

 

Siobhan Black dilaporkan sedang bercuti selepas melahirkan anak pertamanya. Namun semasa sedang bercuti itu, beliau memberitahu majikannya yang dia kini sedang hamil lagi.

 

Sebelum itu, pihak majikan dan Siobhan bersetuju akan kembali bekerja di salun rambut tempat beliau bekerja pada April lalu. Namun disebabkan beliau hamil lagi, maka beliau diberhentikan pada hari pertama beliau kembali bekerja.

 

Perkara itu mendapat perhatian tribunal buruh yang mendapati bahawa wanita ini telah didiskriminasi kerana hamil lalu mengarahkan majikannya untuk membayar pampasan.

 

Akibat pemecatan itu, Siobhan merasa tertekan dan kecewa kerana dibuang kerja dan beliau perlu menyara anak-anaknya sebagai ibu tunggal.

 

Bagaimanapun pihak majikannya berkata pemecatan wanita itu dibuat kerana perniagaan salun itu agak tidak menguntungkan.

 

“Kami mendapati Drain gagal membuktikan pemecatan tersebut dilakukan atas sebab yang tiada kena mengena dengan kehamilan Black.

“Dalam keadaan ini, kami mendapati dakwaan (Black) adalah berasas,” kata Hakim Pekerjaan, James Hendry.

 

Sumber: Kosmo!