Wanita Didenda Lebih RM1,000 Sebab Buka Handphone Teman Lelaki Tanpa Izin

Satu kejadian yang berlaku di Korea Selatan mendapati seorang wanita berusia 30 tahun telah bersalah kerana melanggar privasi kekasihnya dengan mengakses telefon bimbitnya tanpa kebenaran, demikian menurut mahkamah.

wanita didenda lebih rm1,000 sebab buka handphone teman lelaki tanpa izin

Seperti yang dilaporkan oleh The Korean Herald, tertuduh melakukan tindakan ini untuk mencari video dan maklumat mengenai hubungan teman lelakinya itu dengan bekas teman wanitanya.

 

Mahkamah Daerah Pusat Seoul mengenakan denda tangguh sebanyak 300,000 won (RM1,071) terhadap defendan, memberikannya peluang untuk tidak mengulangi tindakan tersebut pada masa hadapan.

 

Mahkamah membenarkan permohonan defendan untuk meringkan hukuman disebabkan oleh ketiadaan rekod jenayah terdahulu olehnya.

 

Walau bagaimanapun, wanita itu menolak tuduhan tersebut dan menegaskan bahawa mangsa (teman lelaki) secara sukarela berkongsi kata laluan telefon bimbit itu dengannya, dengan niat untuk merapatkan semula hubungan yang retak disebabkan oleh ketidaksetiaannya dengan wanita lain.

 

Namun begitu, Mahkamah Daerah Pusat Seoul menekankan ketiadaan bukti yang menyokong tuntutan wanita terbabit.

 

 

Sumber: The Korean Herald