Tuah Badan, Suami Bayar ‘Elaun’ RM1.39 Juta Tiap Kali Isteri Mengandung [Video]

Seorang wanita mendedahkan bahawa suaminya berjanji untuk membayar ‘elaun’ sebanyak AS$300,000 (kira-kira RM1.39 juta) setiap kali dia bersetuju untuk hamil.

 

Wanita bernama Soudi Al Nadak, 26, dari Sussex, Britain telah mendirikan rumahtangga bersama suami, Jamal Al Nadak, yang juga seorang jutawan.

tuah badan, suami bayar ‘elaun’ rm1.39 juta tiap kali isteri mengandung [video]

Menerusi video Tiktok @soudiofarabia, wanita itu bercakap kepada umum mengenai kehamilannya.

 

“Sebelum saya hamil, ini semua adalah perkara yang tidak boleh dirunding,” katanya yang merujuk kepada syarat-syarat kehamilan.

 

Wanita itu menjangkakan akan dibayar elaun setiap kali hamil dan akses penuh kepada kad kredit suaminya jika dia memerlukan.

 

“Jelas sekali, saya akan mempunyai akses penuh kepada kad suami jika berlaku kecemasan.

“Saya juga menjelaskan kepada Jamal bahawa jumlah ini adalah untuk setiap bayi. Ini bermaksud untuk seorang, ia akan menjadi AS$300,000 dan untuk dua bayi, nilainya sebanyak AS$600,000 (RM2.79 juta),” kata Soudi kepada pengikutnya di media sosial.

 

@soudiofarabia I think this is pretty reasonable, am I missing anything? ✨ #dubai #millionaire #ksa #fyp ♬ Habibi (Albanian Remix) - Ricky Rich & Dardan

 

Sumber: Astro AWANI