Wanita Cipta Rekod Sendawa Terkuat Di Dunia, Sama Kuat Bunyi Bising Di Konsert Rock

Semua orang pasti pernah mengalami sendawa dan ia satu relfeks yang normal bagi mengeluarkan angin dari tubuh badan.

 

Mungkin yang membezakan kita adalah kekuatan bunyi sendawa yang dihasilkan, kerana ada yang beranggapan sendawa terlalu kuat adalah satu tindakan tidak sopan.

 

Seorang wanita dari Amerika Syarikat telah mencipta rekod baharu apabila menghasilkan bunyi sendawa paling terkuat di dunia berukuran 107.4 decibels.

wanita cipta rekod sendawa terkuat di dunia, sama kuat bunyi bising di konsert rock

Bunyi itu adalah hampir menyamai bunyi bising yang dihasilkan ketika konsert rock.

 

Kimberly Winter, gadis dari Maryland, berjaya memecahkan rekod terdahulu oleh Elisa Cagnoni yang dipegang selama 14 tahun dengan perbezaan hanya 0.3 decibels, lantas memegang rekod dunia sebagai bunyi sendawa paling kuat.

wanita cipta rekod sendawa terkuat di dunia, sama kuat bunyi bising di konsert rock

Sebelum memecahkan rekod itu, wanita yang dikenali dengan panggilan ‘Kimycola’ mengambil sarapan berat termasuk meminum beberapa gelas kopi.

 

Beliau memberitahu Guinness World Records bahawa dia telah memiliki kebolehan untuk sendawa dengan kuat sejak kecil. Keluarganya juga sudah terbiasa dengan sendawanya selama ini, tetapi kadangkala mereka masih memintanya untuk menahan sendawa. Menariknya, adik perempuan Kimberly sendiri juga ada kebolehan sendawa dengan kuat.

 

 

Sebelum percubaannya itu berjaya, beliau menghabiskan beberapa minggu bereksperimen dengan pelbagai makanan dan minuman yang boleh membantunya sendawa dengan. Makanan pedas, soda dan alkohol nampaknya berkesan, tetapi pemegang rekod dunia ini mengakui bahawa kadangkala "sedikit air" boleh membantunya untuk sendawa.

 

“Kadang kala, saya sendawa tidak mengira masa,” jelas wanita itu lagi.

 

Aksi Kimycola turut menarik perhatian ramai khususnya pengikut beliau di Tiktok.

 

 

@kimycola my new favorite burp 🥰 #burp #burps #burping #belch #belching #burpqueen #burpingqueen #burpgirl #burpinggirl #burptok #burptoker #girlswhoburp #girlsthatburp ♬ original sound - Kimycola

 

 

Sumber: Oddity Central