Wanita Bibir Paling Besar Di Dunia Akui Sukar Cari Pasangan

Seorang wanita dari Bulgaria yang memiliki bibir paling besar di dunia mengakui sukar untuk dirinya mencari pasangan hidup.

wanita bibir paling besar di dunia akui sukar cari pasangan

Andrea Emilova Ivanova, 25, telah membelanjakan hampir £20,000 (kira-kira RM109,605) untuk menjalani 43 prosedur mengubah bentuk badan, termasuk empat suntikan asid pada tulang pipinya baru-baru ini.

 

Ivanova telah melakukan beberapa prosedur dalam sebulan bagi mengekalkan gelaran yang dimilikinya iaitu bibir terbesar di dunia. Malah, beliau masih tidak berpuas hati dengan saiz bibirnya ketika ini dan terus menjalankan beberapa prosedur.

 

Dalam pada itu, Ivanova mengakui sukar untuk mencari pasangan hidup hingga beliau sanggup menyertai rancangan realiti televisyen mencari pasangan idaman, namun tidak meletakkan harapan tinggi.

 

“Saya seorang gadis dengan penampilan yang berbeza dan mewah dan ini pelik bagi ramai lelaki.

“Memang ramai lelaki yang sangat menyukai saya, tetapi ada juga sebaliknya.

“Mereka fikir saya pelik dan gila,” katanya.

wanita bibir paling besar di dunia akui sukar cari pasangan

Fokusnya kini adalah untuk membesarkan lagi bibir sehingga beliau berpuas hati dengannya.

 

Sumber: Mirror UK