Waktu Siang Di Jerman Kini Bertukar Warna Kuning

Negara Jerman kini sedang berhadapan dengan cuaca buruk yang jarang berlaku apabila sebahagian besar langitnya kini bertukar kepada warna kuning.

waktu siang di jerman kini bertukar warna kuning

Di wilayah sekitar Stuttgart, kota itu kini bermandikan cahaya kuning, kesan daripada debu dari padang pasir Sahara yang berlaku sejak hari Sabtu lalu.

waktu siang di jerman kini bertukar warna kuning

Fenomena ini terjadi disebabkan wujudnya kawasan tekanan rendah bernama 'Tristan', yang membawa pasir dari Afrika Utara ke Jerman, menyebabkan langit bertukar warna kuning pada waktu siang. Ia juga dikenali sebagai fenomena ‘Storm Darcy.’

Ahli Meteorologi Jerman berkata, Jerman akan berhadapan dengan keadaan cuaca buruk itu dalam beberapa hari mendatang, dengan sejumlah besar salji di utara dan suhu sejuk di selatan.

Lebih teruk lagi apabila keadaan cuaca di selatan Jerman yang sedikit berangin dapat mencairkan ais di pergunungan seterusnya meningkatkan lagi risiko banjir. Beberapa tebing sungai di Jerman juga telah pecah pada minggu lalu, dengan hujan berterusan menyebabkan banyak banjir lumpur berlaku.

Sumber: Republicworld