Video Anjing dan Burung Berkelakuan Pelik Sebelum Gempa Bumi Kini Tular

Satu gempa bumi besar berukuran 7.8 magnitud telah melanda kawasan Turki dan barat laut Syria pada Isnin lalu yang kini mengorbankan ribuan nyawa.

gempa turkiye-syria: angka korban lebih 7,800, penduduk sangka dah kiamat

Menerusi video yang tular di media sosial, ratusan burung dilihat membuat bunyi bising dan terbang bertempiaran di langit, manakala sebahagian lagi hinggap di pokok sebelum bencana berlaku.

 

 

Dalam video berasingan, seekor anjing dilihat membuat bising dengan menggonggong pada malam sebelum bencana berlaku, seolah-olah memberi amaran kepada orang ramai di Turki akan gempa bumi yang akan terjadi.

 

@straybeautiful 🆘PLEASE PRAY FOR THE SAFETY AND WELL BEING OF OUR STRAYS AND OUR PARTNER SAVIORS🙏 #AnimalWelfare #SupportAnimalRescue #HelpAnimals #SaveTheAnimals #AnimalProtection #AnimalLivesMatter #AnimalRights #EndAnimalCruelty #SaveTheAnimals #SupportAnimalRescue #RescuePets #dogsoftiktok #dog #turkeyearthquake #cats #dogsofttiktok ♬ original sound - Stray Beautiful

 

Dua fenomena ini telah mencetuskan debat dalam kalangan netizen yang merasakan keadaan pelik sebelum bencana gempa bumi berlaku. Malah beberapa orang mengulas tentang bagaimana haiwan seperti burung dan anjing dapat merasakan bahaya, dan sebahagian lagi mempersoalkan kesahihan video tersebut.

 

Sumber: Tiktok / Twitter