10.8 Sentimeter Mungkin Ukuran Lidah Paling Panjang Di Dunia

Pernahkah anda mengukur panjang lidah anda? Atau setidaknya, anda cuba menjelirkan lidah dan lihat ia mampu capai hingga bahagian mana.

.

Seorang lelaki berusia 21 tahun dari India ini mungkin memiliki dua hingga tiga kali ganda panjang lidah anda dan mungkin juga memiliki lidah paling panjang di dunia ketika ini.

10.8 sentimeter mungkin ukuran lidah paling panjang di dunia

Dikenali sebagai K Praveen, beliau mempunyai sehingga 10.8 sentimeter panjang lidahnya, melebihi panjang purata lidah manusia iaitu 8.5 sentimeter.

10.8 sentimeter mungkin ukuran lidah paling panjang di dunia

Dengan kelebihan itu, beliau yang juga pelajar jurusan robotik sering menunjukkan aksi luar biasa dengan menyentuh hujung hidung atau hujung siku dengan menggunakan lidahnya sendiri.

10.8 sentimeter mungkin ukuran lidah paling panjang di dunia

Namun, disebabkan kekurangan sumber, beliau hanya diiktiraf oleh rekod nasional menerusi India Limca Book of Records, dan bukannya rekod dunia Guiness.

Untuk rekod Guiness, lidah paling panjang di dunia ketika ini dimiliki oleh Nick Stoeberl dari California dengan panjang 10.1 sentimeter. Ia adalah 0.8 sentimeter lebih pendek jika dibandingkan dengan lidah milik K Praveen.

 

Sumber: [1]