Ramai mungkin mempunyai cara yang berbeza dalam menguji sekuat manakah cinta pasangan mereka terhadap perhubungan masing-masing. Ada yang bertanya soalan, dan mungkin ada yang tidak berbuat apa-apa kerana sudah pun tahu sejauh mana perangai dan perasaan pasangan mereka.
Bagi pasangan Alexander dan Viktoria ini, mereka memilih untuk merantai tangan mereka bersama selama tiga bulan, bertujuan menguji sekuat manakah cinta mereka bersama.
Tangan mereka dirantai dan diawai oleh pegawai daftar rekod kebangsaan Ukraine, Vitaly Zorin. Zorin terlebih dahulu memeriksa kesihatan mental pasangan itu sebelum merantaikan tangan mereka bersama baru-baru ini.
Ujian pertama yang dilalui pasangan tersebut ketika berantai adalah pulang ke rumah dengan menaiki teksi sejauh 325 batu. Malah, mereka juga terpaksa memikirkan untuk menggunakan tandas wanita mahupun tandas lelaki di tempat awam kerana rantai pada tangan mereka itu tidak boleh dibuka.
Lebih menarik, pasangan itu juga mempunyai pakaian khas yang memudahkan mereka untuk menyarung pakaian dengan tangan yang terikat.
Pasangan ini yakin mereka mampu mengharungi ujian tiga bulan bersama, namun sekiranya mereka terpaksa mengubah fikiran, mereka perlu mendapatkan khidmat pakar bagi memotong rantai di tangan mereka itu.
Sumber:
iStory