FDA Lulus Ubat Titis Mata Yang Fungsi Seperti Cermin Mata

Mereka yang mempunyai masalah rabun mata kini dapat menyelesaikan masalah itu dengan hanya perlu menitis sejenis ubat titis mata ini.

.

Ubat titis mata yang dinamakan Viuty ini didakwa dapat menggantikan fungsi kaca mata dan telah mendapat kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubat Amerika Syarikat (FDA).

fda lulus ubat titis mata yang fungsi seperti cermin mata

Menurut laporan, ubat titis mata itu perlu digunakan sekali setiap enam jam dan mula berfungsi dalam masa 15 minit selepas titisan. Ubat titis mata itu mengandungi bentuk formulasi sebatian yang dikenali sebagai pilocarpine.

.

Malah ubat titis mata itu didakwa boleh meningkatkan penglihatan jarak dekat sambil mengekalkan penglihatan jarak jauh.

.

Kajian dilakukan terhadap Viuty melibatkan 750 peserta dengan keberkesanan paling tinggi kepada individu antara usia 44 hingga 55 tahun. Malah semua peserta tidak mengalami sebarang kesan sampingan yang teruk selepas menggunakannya.

.

Cuma hanya beberapa peserta yang didakwa mengalami sakit kepala ringan dan mata menjadi kemerahan.

.

Sumber: [1]