Pasangan Suami Isteri Sanggup Tukarkan Bayi Lapan Bulan Mereka Dengan iPhone 14

Sepasang suami isteri di India tergamak menjual bayi mereka yang berusia lapan bulan demi membeli sebuah telefon pintar berjenama iPhone 14.

pasangan suami isteri sanggup tukarkan bayi lapan bulan mereka dengan iphone 14

Pasangan dari Utara 24 Benggala Barat, India itu dipercayai membeli telefon pintar berkenaan untuk merakam video dan gambar ketika mengembara ke seluruh rantau India bagi dimuatnaik di ‘Reels’ di Instagram.

 

Tindakan pasangan itu mendapat kecaman ramai sehinggakan pihak berkuasa membuka kertas siasatan terhadap pasangan terbabit atas kesalahan menjual bayi.

 

Si ibu bernama ‘Sathi’ telah ditahan, manakala bapa bayi, Jaydev Ghosh masih belum ditemui.

pasangan suami isteri sanggup tukarkan bayi lapan bulan mereka dengan iphone 14

Kejadian itu mula disedari jiran terdekat selepas mereka berasa pelik melihat pasangan berkenaan tidak pun berasa risau selepas anak mereka hilang. Lebih mencurigakan, keluarga berkenaan mendapat iPhone 14 yang berharga kira-kira 100,000 rupee (kira-kira RM5,529), meskipun mereka mempunyai masalah kewangan.

 

Selepas disiasat, keluarga itu mengakui menukar bayi kesayangan mereka untuk mendapatkan wang bagi membeli iPhone 14.

 

Lebih mengejutkan, ini bukan kali pertama mereka cuba menjual anak kerana si bapa pernah cuba menjual anak perempuan mereka berusia tujuh tahun.

 

"Selepas menjual bayi lelaki itu, Jaydev cuba menjual anak perempuannya pula pada tengah malam Sabtu.

"Kami memaklumkan kepada polis sebaik sahaja mengetahuinya dan polis sudah menahan Jaydev," kata ahli majlis tempatan Tarak Guha.

 

Pasangan berkenaan kini berdepan dengan pertuduhan berat berkaitan kes pemerdagangan manusia.

 

Sumber: HMetro