Tular Trend Makan Mata Lembu Mentah, Tapi Tiada Bukti Ia Boleh Merawat Penyakit

Ibadah korban sudah menjadi satu amalan bagi umat Islam seluruh dunia. Antara haiwan yang dijadikan korban adalah seperti lembu, kambing dan juga unta.

 

Meskipun kebanyakkan anggota pada haiwan yang dikorban seperti lembu, boleh dihidang dalam pelbagai hidangan enak, ada beberapa bahagian pada haiwan ini yang mungkin kelihatan ‘aneh’ untuk dijadikan santapan.

tular trend makan mata lembu mentah, tapi tiada bukti ia boleh merawat penyakit

Menjengah ke laman Tiktok, beberapa individu dilihat berkongsi pengalaman mereka memakan organ mata lembu secara mentah.

 

Melihat kepada cara memakan mata lembu, seorang individu berkongsi cara dengan memicit mata lembu yang telah dikorban, sebelum membuat belahan kecul pada permukaan sehingga ia mengeluarkan cecair. Cecair yang keluar itu akan disedut termasuk sedikit isi yang ada.

tular trend makan mata lembu mentah, tapi tiada bukti ia boleh merawat penyakit

Mungkin bagi kebanyakkan kita yang tidak pernah memakan mata lembu akan berasa geli dan loya melihat perkara itu.

 

Menjengah ke ruangan komen daripada beberapa warganet, amalan memakan mata lembu mentah dikatakan mempunyai manfaat untuk kesihatan, seperti merawat asma dan sakit buah pinggang serta juga baik untuk kesihatan mata.

tular trend makan mata lembu mentah, tapi tiada bukti ia boleh merawat penyakit

Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada sebarang kajian saintifik yang mengesahkan dakwaan itu. Tambah pula, memakan organ atau bahagian haiwan yang tidak dimasak boleh mempunyai risiko terkena jangkitan bakteria dan parasit serta cacing.

 

Justeru, individu dinasihatkan untuk memasak makanan menggunakan suhu yang tinggi untuk membunuh kuman dan parasit yang terkumpul pada organ haiwan sembelihan.

 

“Darah, bahan cecair tubuh haiwan adalah medium terbaik untuk pembiakan segala macam kuman. Begitu juga bermacam jenis parasit (cacing) yang ada dalam haiwan.

“Sebab itu kita disarankan untuk memasak makanan menggunakan suhu yang tinggi untuk membunuh kuman dan parasit tersebut.

“Makanan yang nak masuk ke tubuh kita biarlah dari sumber yang bersih dan suci. Janganlah sampai mata lembu mentah di telan semata mata untuk content video atau untuk dapatkan manfaat yang TIDAK terbukti kebenaran,” demikian menurut portal Public Health Malaysia.

 

Sumber: Tiktok/Facebook