Meskipun baru sebulan kita melangkah ke tahun baru 2021, sudah ada banyak trend yang pelik di Internet.
Trend terbaru melibatkan golongan lelaki berjambang dan bermisai iaitu The Monkey Tail Beard.
Mempunyai potongan janggut yang di cukur pada satu bahagian, ia saling tak tumpah kelihatan bagai hujung ekor monyet.
Potongan ini bermula dari sideburn dan berterusan sehingga ke bahagian bawah dagu sebelum naik ke bibir dan diakhiri dengan misai.
Meskipun ia kelihatan aneh, namun ramai yang sudah mula mengikuti trend ini dan berkongsikan foto di laman sosial.
Sumber: Twitter