Akibat Terlalu Kacak, Tok Kadi Ini Curi Tumpuan Ramai Tetamu Majlis Hingga 'Overshadow' Pengantin

Gara-gara ketampanan wajahnya, seorang tok kadi muda yang menikahkan pasangan pengantin baru di Indonesia ini menjadi tular baru-baru ini.

akibat terlalu kacak, tok kadi ini curi tumpuan ramai tetamu majlis hingga 'overshadow' pengantin

Dalam video tular yang dimuat naik di akaun TikTok, @anggunfbrty, pengguna yang disapa Anggun itu merakamkan detik pengantin perempuan menandatangani dokumen selepas majlis akad nikah.

Namun, yang paling menangkap perhatian ramai dalam video yang telah ditonton lebih dari 5.2 kali itu, bukannya pengantin sendiri, namun tok kadi yang menikahkan pasangan tersebut.

Rata-ratanya ramai yang mengaku terpesona melihat kekacakan tok kadi itu.

Memetik laporan Wolipop, detik perkahwinan yang dirakamkan Anggun ketika majlis perkahwinan jirannya yang bernama Aliyah.

Menurut Anggun sendiri, ramai ibu yang terpesona melihat pemuda itu sehingga ada yang menjerit ketika majlis tersebut.

Tambahnya, pemuda itu juga mempunyai pekerti yang sopan sehingga membuatkan ramai yang lagi bertambah suka padanya.

Bagaimanapun, dia tidak mengenali pemuda tersebut secara peribadi dan mendedahkan yang pemuda itu telah pun berkahwin.

Pernikahan yang diketuai tok kadi itu diadakan pada 23 Julai lalu di Desa Maja, Pegadungan, Kalideres, Jakarta Barat.

 

Sumber: Wolipop