Tikus Dirakam Sedang Kejar Seekor Kucing, “Langgar Hukum Alam Ni..” [Video]

Kebiasaannya kucing akan mengejar haiwan lain yang lebih kecil seperti tikus kerana sifatnya sebagai pemangsa.

 

Namun lain pula jadinya kepada seekor tikus di Hougang Central, Singapura kerana ia dilihat sedang mengejar seekor kucing yang saiz badannya adalah jauh lebih besar daripadanya.

tikus dirakam sedang kejar seekor kucing, “langgar hukum alam ni..” [video]

tikus dirakam sedang kejar seekor kucing, “langgar hukum alam ni..” [video]

tikus dirakam sedang kejar seekor kucing, “langgar hukum alam ni..” [video]

Menerusi klip 11-saat yang dimuatnaik menerusi Tiktok @floracindy1, tikus terbabit dilihat sedang bersungguh-sungguh mengejar kucing yang berada dihadapannya. Malah dapat dilihat dalam video itu, si tikus yang memulakan ‘pergaduhan’ dan terus mengejar walaupun si kucing berlari jauh.

 

@floracindy1

Our very own version of Tom & Jerry .. 🐈 & 🐀

♬ Tom And Jerry Main Theme (From ""Tom And Jerry"") - Geek Music

 

Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet melihat aksi tikus mengejar kucing ini saling tak tumpah bagaikan rancangan kartun popular, Tom and Jerry.

 

Sumber: Tiktok @floracindy1