Tikus Bersaiz Sebesar Kucing Serang Penjara England

Sejumlah tikus ‘mutasi’ yang mempunyai saiz sebesar kucing dewasa dilaporkan telah mencetuskan huru hara dalam sebuah penjara di England, hingga menyebabkan banduan menjadi ketakutan.

tikus bersaiz sebesar kucing serang penjara england

Ribuan tikus gergasi yang kebal terhadap racun didapati berkeliaran secara bebas pada bahagian sayap dan kawasan latihan di penjara Chelmsford di Essex.

 

Tikus-tikus itu juga dilihat memanjat tangga bagi mencari makanan dan juga menggigit kabel kuasa hingga memutuskan talian telefon dalam penjara.

 

Keadaan itu juga telah menyebabkan banduan di penjara itu tinggal dalam ketakutan dan mulai meninggalkan sel tahanan masing-masing.

tikus bersaiz sebesar kucing serang penjara england

Lebih parah, insiden serangan tikus ini telah berlaku selama 16 bulan dan masih tidak dapat dihentikan melalui kawalan serangga perosak.

 

“Sejumlah tikus hidup dan yang sudah mati banyak ditemukan di beberapa tempat termasuk di kawasan latihan.

“Keadaan di penjara itu ketika ini sangat huru hara dan menjejaskan aktiviti banduan,” jelas laporan tersebut.

 

“Ini adalah sejenis tikus mutasi dengan hampir kebanyakannya bersaiz besar seperti kucing.

“Haiwan itu berkeliaran pada waktu malam. Tikus itu seolah-olah sudah ‘mengambil alih’ seluruh penjara,” kata sumber di penjara yang mendakwa para banduan dan pegawai berada dalam ketakutan serta tertekan.

 

Sumber: [1]