Wow! Tiga Helai Rambut Artis K-pop Ini Dibida Pada Harga RM70,000

Siapa sangka tiga helai rambut seorang artis K-pop ini telah dibida pada harga yang sangat tinggi!

wow! tiga helai rambut artis k-pop ini dibida pada harga rm70,000

Rambut milik salah seorang anggota kumpulan IVE iaitu Won-young dilapor dibida pada harga mencecah RM70,000 di Taiwan secara atas talian, baru-baru ini.

 

Ia dilapor dijual oleh seorang peminat penyanyi wanita itu yang diambil di sebuah konsert di China dengan harga lelongan bermula RM6,722.

wow! tiga helai rambut artis k-pop ini dibida pada harga rm70,000

Dalam masa sama, peminat itu turut melakukan ujian DNA bagi mengesahkan rambut terbabit adalah milik Won-young atau nama asalnya Jang Won-young.

 

Menariknya, dalam masa beberapa jam selepas ia dilelong, seramai 15 pembida bersedia melakukan bidaan pada harga yang sangat tinggi, termasuk seorang pembida yang sanggup meletakkan harga RM70,000 untuk tiga helai rambut itu.

 

Sumber: All Kpop