Tiba-Tiba Ada Peluru Dalam Badan, Tiada Siapa Tahu Punca Dari Mana

Seorang lelaki yang berasal dari Switzerland telah mengalami satu kejadian misteri dalam hidupnya.

tiba-tiba ada peluru dalam badan, tiada siapa tahu punca dari mana

Baru-baru ini, lelaki berusia 38 tahun yang dirahsiakan identitinya sedang berjalan bersama dua orang anaknya di Frauenfeld, sebuah bandar yang terletak di utara Zurich. Namun secara tiba-tiba beliau mengalami rasa sakit pada bahagian bawah badannya.

 

Kesakitan yang tidak dapat diterangkan itu telah memaksa beliau segera ke wad kecemasan di sebuah hospital tempatan. Hasil pemeriksaan, doktor menemui sebutir peluru pada tubuh badannya.

 

Insiden itu telah mendapat perhatian pihak polis dan penyiasat yang mengelaskan kejadian ini sebagai misteri. Ia adalah kerana, ketika kejadian tidak kedengaran sebarang bunyi tembakan atau sesiapa yang memegang senjata. Pendek kata, peluru itu datang dari arah yang tidak diketahui.

 

Menurut seorang pakar senjata dan CEO Swiss Shooting Group, Martin Eehard berkata, melihat kepada jenis peluru digunakan, terdapat dua kemungkinan insiden ini berlaku, iaitu mungkin dia ditembak dengan pistol udara, atau senjata dari jarak jauh.

 

“Pun begitu, jika dia ditembak dengan dua dua keadaan itu, pasti dia boleh dengar bunyi tembakan dengan jelas,” kata Eehard.

 

Pihak forensik juga gagal menemui jawapan kepada tembakan itu. Kes dianggap misteri dan siasatan masih lagi dijalankan. Lelaki yang ditembak itu juga kini semakin pulih daripada kemalangan ini.

 

Sumber: [1]