Pengantin Tak Cukup Bajet, Tetamu Terpaksa Cuci Pinggan Sendiri

Majlis perkahwinan merupakan satu saat yang menggembirakan ramai, termasuklah tuan rumah hinggalah kepada tetamu yang hadir.

pengantin tak cukup bajet, tetamu terpaksa cuci pinggan sendiri

Namun kadang-kala, ia tidak berjalan seperti dirancang dek kerana kekurangan bajet atau sebab-sebab lain yang tidak dapat dielakkan.

 

Seorang pengguna laman sosial Reddit berkongsi pengalaman dijemput menghadiri sebuah majlis perkahwinan di lokasi mewah dan cantik.

 

Bagaimanapun, tuan rumah terpaksa meminta tetamunya mencuci pinggan sendiri kerana tidak cukup bajet sepatutnya.

 

“Pengantin lelaki dan perempuan banyak menghabiskan wang mereka untuk lokasi majlis dan juga pakaian dan gaun pengantin. Jadi mereka memutuskan untuk tetamu mencuci pinggan sendiri,” kata pengguna itu selepas terkejut apabila mendapati dia dan tetamu lain ditugaskan mencuci pinggan kotor.

 

Keadaan bertambah buruk apabila pihak pengantin gagal menyediakan makanan yang mencukupi buat semua tetamu yang hadir.

 

Lebih menyedihkan, hubungan kedua pasangan pengantin itu juga tidak berpanjangan apabila dikatakan berpisah tiga tahun kemudian.

 

Sumber: Mirror UK