Ada Kaitan Dengan Bulan Penuh, Terusan Venice Kini Kering

Terusan di bandar Venice, Itali yang popular sebagai destinasi pelancongan, kini sekali lagi kering buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun.

dikaitakan dengan bulan penuh, terusan venice kini kering
 
Ia berikutan air laut yang surut dan kurang hujan dikawasan tersebut yang membuatkan gondola-gondola dan sampan disitu kini terkandas di dasar terusan.
 
Fenomena air surut ekstrem itu dikatakan mempunyai kaitan dengan bulan penuh Februari yang juga disebut sebagai ‘bulan salji’, berikutan salji yang turut paling lebat di sebahagian besar hemisfera utara.

dikaitakan dengan bulan penuh, terusan venice kini kering
 
Terusan yang kontang itu juga dikaitkan dengan cuaca tekanan tinggi seluruh Itali, yang menyebabkan kurangnya awan terbentuk dan tiada hujan.

dikaitakan dengan bulan penuh, terusan venice kini kering

dikaitakan dengan bulan penuh, terusan venice kini kering
 
Kali pertama terusan Venice menjadi kering adalah pada Januari 2018 dimana ketika itu paras air laut turun lebih rendah iaitu 66sm di bawah aras laut manakala rekod sepanjang zaman dicatatkan pada bulan Februari 2008 apabila air surut 83sm di bawah aras laut.

 
Tambah lagi, pihak berkuasa Venice memaklumkan ‘pada hari bulan baharu dan bulan penuh, kesan graviti matahari dan bulan menyebabkan kadar pasang surut tertinggi berlaku dan fenomena tersebut boleh diramal untuk tempoh beberapa tahun akan datang.

 
 
Sumber: Daily Mail