28 Individu Tertipu Ditawar Kerja Kira Bilangan Kereta Api

Kira-kira 28 individu telah dipercayai menjadi mangsa penipuan scammer pekerjaan selepas diperdaya untuk mengira bilangan kereta api selama beberapa hari.

28 individu tertipu ditawar kerja kira bilangan kereta api

Kejadian yang berlaku di India selepas kesemua mangsa dari negeri Tamil Nadu percaya yang mereka ditawarkan pekerjaan seperti ini selain diminta untuk membayar antara 200,000-rupee (RM10,700) dan 2.4 juta rupee (RM128,271) bagi mendapatkan kerja tersebut.

 

Penipuan pekerjaan itu mendapat perhatian pihak berkuasa India yang kini menjalankan siasatan lanjut bagi mencari dalang disebalik penipuan ini.

 

Menurut laporan, selepas pembayaran dibuat, kesemua mangsa diarahkan untuk mengira bilangan kereta api yang melalui stesen berkenaan selama beberapa hari sebagai sebahagian daripada latihan.

 

Salah seorang mangsa mendakwa beliau sanggup melakukan apa juga pekerjaan demi menanggung keluarganya selepas pandemik COVID-19 lalu.

 

"Kami diminta ke Delhi untuk menjalani latihan 'kira kereta api'. Pada mulanya, kami agak ragu-ragu dengan latihan itu, namun scammer tersebut adalah sahabat baik jiran kami. Rupa-rupanya kami ditipu," ujar mangsa itu.

 

Sumber: Sinar Harian