Kena Scam Hampir RM140 Ribu Lepas Cuba Bantu ‘Angkasawan’ Balik Ke Bumi

Jika satu hari anda menerima email kononnya daripada seseorang yang berada diluar angkasa lepas cuba meminta tolong untuk pulang ke Bumi, apa reaksi pertama anda?

kena scam hampir rm140 ribu lepas cuba bantu ‘angkasawan’ balik ke bumi

Seorang wanita di Jepun entah bagaimana boleh tertipu dengan trik dan helah daripada seseorang yang mengaku dirinya seorang ‘angkasawan’ yang kini sedang berada diluar Bumi.

 

‘Angkasawan’ yang katanya dari Nigeria itu dakwanya berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dan memerlukan sejumlah wang sebanyak 4.4 juta Yen (kira-kira RM139,079) untuk beliau pulang ke Bumi.

kena scam hampir rm140 ribu lepas cuba bantu ‘angkasawan’ balik ke bumi

Menurut laporan, wanita berusia 65 tahun itu pada mulanya telah jatuh cinta kepada ‘angkasawan’ berkenaan menerusi media sosial sejak Jun lalu.

 

Katanya, ‘angkasawan’ itu memerlukan wang sebanyak itu untuk membayar kos roketnya dan bayaran mendarat ke Bumi. Wanita tersebut nyata mempercayai beliau kerana melihat kepada beberapa foto ISS dan akronim NASA di media sosial individu terbabit.

 

Selepas melakukan beberapa transaksi kewangan kepada individu terbabit, wanita itu mula sedar dia di tipu dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa.

 

Polis yang menerima laporan wanita itu terkejut kerana wanita terbabit boleh mempercayai individu berkenaan yang terang dan jelas adalah scammer.

 

Tidak dapat dipastikan sama ada scammer itu telah ditangkap atau pihak berkuasa masih menunggunya kembali ke Bumi.

 

Sumber: OC