‘‘Kenapa Kau Tiru Wajah Aku?,’’ Lelaki Ini Terkejut Jumpa ‘Kembar’ Sendiri Masa Live

Apa agaknya perasaan kita apabila suatu hari kita dipertemukan dengan seseorang yang tidak kita kenali namun dia mempunyai wajah seiras dengan kita?

 

Itu yang terjadi kepada kedua-dua lelaki ini apabila terkejut berjumpa dengan pelanduk dua serupa dalam sebuah laman Ome TV.

‘‘kenapa kau tiru wajah aku?,’’ lelaki ini terkejut jumpa ‘kembar’ sendiri masa live

Video yang dimuatnaik pemilik akaun Tiktok @shraamin_ itu menunjukkan kedua-dua lelaki tersebut kelihatan terkejut selepas sedar mereka memiliki wajah yang sama.

 

Salah seorang daripada lelaki itu adalah pencipta kandungan permainan video terkenal, Aul MI.

‘‘kenapa kau tiru wajah aku?,’’ lelaki ini terkejut jumpa ‘kembar’ sendiri masa live

Dalam video tersebut, Aul memakai jersi kuning hitam seakan tidak percaya apabila melihat lelaki berbaju biru yang tidak diketahui identitinya muncul dalam siaran langsung memiliki wajah mirip seperti dirinya.

 

“Kenapa kau tiru wajah aku?” soal Aul dalam video tersebut.

“Kau yang tiru wajah aku,” jawab lelaki berbaju biru itu.

 

Reaksi Aul dan lelaki itu membuatkan rakan-rakan Aul ketawa dan mendapat ribuan komen dan reaksi daripada orang ramai.

 

@shraamin_

Bila Aul jumpe Kembar Di ome 😂😂 #fypdongggggggg #fypシ #PleaseFyp#Fyp

♬ original sound - Shra

 

"Dia mungkin satu ayah tapi berbeza ibu," komen salah seorang netizen.

"Dia mungkin kembar awak yang terpisah," tambah netizen lain.

"Weyy sumpah sama, dari suara, rambut, mata semua lahh," ujar seorang lagi netizen.

Sumber: Detik