Terhibur Lihat Kawan Jemput Dari Airport Guna Van Jenazah [Video]

Ramai antara kita pasti mempunyai kawan yang agak ‘gila-gila’ perangainya.

 

Namun siapa sangka, seorang lelaki ini mempunyai kawan yang agak ‘luar biasa’ perangainya apabila menjemputnya di lapangan terbang dengan menggunakan van jenazah.

terhibur lihat kawan jemput dari airport guna van jenazah [video]

Menerusi video Tiktok @encikkhairulfahmi, beliau merakam kehadiran rakannya yang membawa van jenazah berwarna biru di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah.

 

“POV: Bila kawan dari neraka jemput di airport,” tulis individu itu pada video.

terhibur lihat kawan jemput dari airport guna van jenazah [video]

Apa yang menarik adalah respon mereka yan hanya mampu ketawa dan tidak menyangka rakannya itu benar-benar membawa van jenazah bagi menjemput mereka.

 

@encikkhairulfahmi Sentiasa ingatkan kematian 🤣 #vanjenazahkk #kawandarineraka ♬ bunyi asal - 🇲🇾MADI🇲🇾BUAL🇲🇾

 

“Sentiasa ingatkan kematian,” tulis beliau pada kapsyen.

terhibur lihat kawan jemput dari airport guna van jenazah [video]

Video berkenaan mendapat lebih 600 ribu jumlah tontonan di Tiktok, setakat artikel ini ditulis.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut terhibur dengan aksi rakannya itu, malah ada juga yang turut insaf kerana ingatkan tentang kematian.

 

Sumber: Tiktok