Ibu Risau Tanda Hitam Pada Anak Patung Ini Makin Lama Makin Besar

Seorang ibu kepada dua orang anak dari Australia meluahkan rasa takut dan seram apabila mendapati tanda hitam pada belakang kepala anak patungnya semakin membesar.

ibu risau tanda hitam pada anak patung ini makin lama makin besar

Menerusi perkongsiannya di Facebook beliau menceritakan tentang tanda hitam pada belakang kepala anak patung yang dimiliki anaknya semakon lama semakin membesar dan kini semakin jelas pula kelihatan.

 

“Ada sesiapa mempunyai anak patung ini? Ia mempunyai tanda aneh pada belakang kepala, pastinya bukan kesan pen mahupun cat.

“Saya fikir ia mungkin kesan terbakar atau apa-apa yang membuatkan anak patung ini ‘hidup’.

“Ia bermula dengan tanda kecil tapi lama kelamaan ia semakin besar,” katanya.

ibu risau tanda hitam pada anak patung ini makin lama makin besar

Tanda hitam pada belakang kepala anak patung yang dibeli pada harga £15 (kira-kira RM60) itu jelas membuatkan ramai pengguna media sosial tampil dengan spekulasi dan pendapat sendiri.

 

Ada yang berpendapat ia adalah kesan kulat yang tumbuh pada bahagian dalam.

ibu risau tanda hitam pada anak patung ini makin lama makin besar

Tidak berpuas hati dengan jawapan yang dicari, si ibu kemudiannya ‘membedah’ anak patung itu bagi melihat sendiri punca kepada tanda hitam yang semakin membesar dengan sendirinya. Namun kesan hitam itu hanya berada pada permukaan sahaja dan tidak dapat dipastikan punca kenapa ia terjadi sedemikian rupa.

 

Sumber: [1]