Tanam Mikrocip Dalam Tangan Supaya Lebih Mudah Buat Pembayaran

Berapa kerap anda membuat pembayaran tanpa sentuh menggunakan kad debit mahupun kredit secara wave?

tanam mikrocip dalam tangan supaya lebih mudah buat pembayaran

Ia sangat memudahkan pengguna tanpa perlu membawa wang tunai yang banyak ketika membeli sesuatu. Namun sebuah syarikat yang berpangkalan di Britain ini akan memudahkan lagi proses pembayaran itu dengan menawarkan cip mikro yang ditanam dalam tangan manusia.

tanam mikrocip dalam tangan supaya lebih mudah buat pembayaran

Walletmor, sebuah syarikat yang berpangkalan di Britain menawarkan teknologi tersebut yang mana ia akan memudahkan pembayaran tanpa sentuhan tanpa perlu lagi menggunakan kad fizikal.

.

“Mikrocip yang dipasang di dalam tangan boleh digunakan untuk membayar minuman di tepi pantai Rio, kopi di New York, ketika anda memotong rambut di Paris atau membeli-belah.

“Ia boleh digunakan di mana-mana lokasi yang mempunyai sistem pembayaran tanpa sentuhan,” kata pengasas dan ketua eksekutif Walletmor, Wojtek Paprota.

tanam mikrocip dalam tangan supaya lebih mudah buat pembayaran

Ia memiliki berat kurang satu gram dan terdiri daripada cip dan antena yang dibungkus dalam biopolimer. Menurutnya, ia adalah selamat untuk digunakan.

tanam mikrocip dalam tangan supaya lebih mudah buat pembayaran

tanam mikrocip dalam tangan supaya lebih mudah buat pembayaran

Paprota berkata, mikrocip itu selamat digunakan dan boleh berfungsi sebaik sahaja ia dimasukkan ke dalam tangan dan akan kekal pada kedudukannya.

 

Setakat ini, lebih 500 cip telahpun terjual kepada pembeli.

 

Sumber: [1]