Pelancong Nyaris Temui Ajal Lepas Tali Bungee Jumping Putus Di Udara

Seorang pelancong dari Hong Kong nyaris menemui ajal selepas tali bungee jump yang diikat pada kakinya terputus.

 

Kejadian berlaku di Pattaya, Thailand Februari lalu selepas pelancong itu mencuba aktiviti ekstrem ini dengan melompat pada ketinggian kira-kira setinggi 10 bangunan.

pelancong nyaris temui ajal lepas tali bungee jumping putus di udara

Bagaimanapun siapa sangka, tali yang diikat pada lelaki bernama Mike itu telah terputus semasa dia berada diketinggian 5 meter. Mike kemudian terjunam terus ke dalam tasik yang berada dibawahnya.

pelancong nyaris temui ajal lepas tali bungee jumping putus di udara

Pekerja kemudian bergegas menyelamatkan Mike yang ketika itu pitam. Beberapa saat kemudian, Mike kembali sedar dan memberitahu bahawa sakit yang dirasainya adalah sangat kuat hingga membuatkannya pening.

pelancong nyaris temui ajal lepas tali bungee jumping putus di udara

 

@mothershipsg no thanks, admin afraid of heights #sgnews #tiktoksg ♬ Bodies: Drowning Pool - Unblacker

 

Mike kemudian dikejarkan ke hospital, namun bernasib baik kerana tidak memerlukan sebarang pembedahan.

 

Kejadian itu menyebabkan Mike hilang seluruh lapisan kulit, kakinya lebam, mata kiri merah dan bengkak serta seluruh badannya berasa sakit. Organ dalamannya bagaimanapun ketika itu berada dalam keadaan baik.

 

Selepas kembali pulih, Mike menghantar emel kepada pengusaha permainan itu untuk menuntut pampasan. Mike bagaimanapun hanya ditawar 2,000-baht (RM259) untuk bayaran balik tiket dan 8,000 baht (RM1,038) untuk biaya perubatan.

 

Malangnya, selepas pulang ke Hong Kong, Mike dimasukkan ke hospital kerana mengalami jangkitan paru-paru dan bil rawatannya mencecah 220,000 bath (kira-kira RM28,556).

 

Sumber: Kosmo! Online / Mothership.sg