Selepas pesawat pengorbit mengelilingi planet Marikh, agensi Angkasa Lepas Eropah melaporkan mereka kini telah berjaya menemukan sejumlah besar takungan air di planet terbabit.
Pesawat pengorbit yang dikenali sebagai The Exomars Trace Gas Orbiter dilancararkan sejak 2016, merupakan misi bersama antara beberapa agensi angkasa lepas ke Marikh, dengan tujuan mengesan air dibahagian planet bernama Valles Marineris.
Valles Marineris terletak di selatan khatulistiwa planet Marikh, dengan suhu kebiasaannya tidak cukup sejuk untuk air kekal menjadi ais.
Saintis mendapati air yang terletak di bawah permukaan lurah dalam bercerun tinggi yang curam itu adalah 10 kali lebih panjang dan lima kali lebih dalam serta 20 kali lebih luas berbanding Grand Canyon di Amerika Syarikat.
Air itu berjaya dikesan oleh instrumen pengorbit FREND atau Pengesan Neutron Epitermal Resolusi Halus. Ia juga telah memetakan hidrogen di 0.9 meter permukaan tanah planet Marikh.
Pemerhatian itu dikumpulkan oleh pesawat pengorbit antara Mei 2018 hingga Februari tahun ini.
Sebelum ini, pesawat pengorbit di Marikh hanya mengesan sejumlah kecil air dibawah debu planet itu.
Sumber: [1]