Murid Tulis Surat Minta Maaf Tak Siap Kerja Sekolah Punca Dari Kucing Jiran

Setiap pelajar pasti akan berhadapan dengan kerja sekolah yang perlu disiapkan dalam satu tempoh masa tertentu.

 

Namun persoalannya, adakah cikgu akan menerima alasan yang diberikan sekiranya kerja sekolah itu tidak dapat disiapkan?

 

Satu perkongsian di Instagram @unclekerbau telah menjadi tular selepas beliau berkongsi foto sepucuk surat tulisan seorang pelajar kepada gurunya kerana beliau tidak dapat menyiapkan kerja sekolah.

murid tulis surat minta maaf tak siap kerja sekolah punca dari kucing jiran

Namun apa yang menarik adalah masalah itu berpunca daripada kucing jirannya yang dikatakan memakan kertas latihan yang diberikan, membuatkan beliau tidak dapat menyiapkan kerja sekolah yang diberikan guru.

 

Perkongsian itu menarik perhatian ramai warganet yang turut terhibur dengan alasan diberikan pelajar ini.

murid tulis surat minta maaf tak siap kerja sekolah punca dari kucing jiran

Sumber: IG/unclekerbau