Seumur Hidup Tak Pernah Mandi, Doktor Terkejut Bila Tahu Kesihatan Lelaki Ini

Seorang lelaki dari Iran berusia 87 tahun tidak pernah sekali pun mandi sepanjang hayatnya, telah mengejutkan doktor dan saintis.

seumur hidup tak pernah mandi, doktor terkejut bila tahu kesihatan lelaki ini

Pada tahun 2014, lelaki yang dikenali sebagai Amou Haji pernah menjadi tular di media sosial disebabkan pengakuannya yang tidak pernah sekalipun mandi seperti orang biasa. Sejak dari itu, beliau dikenali sebagai ‘lelaki paling kotor di dunia’.

seumur hidup tak pernah mandi, doktor terkejut bila tahu kesihatan lelaki ini

Beliau yang tinggal di sebuah perkampungan kecil di selatan Iran, telah diperiksa oleh doktor bagi menentukan tahap kesihatannya yang dilihat ‘sangat tidak sihat’ kerana tidak pernah sekalipun mandi.

 

Menakjubkan, hasil pemeriksaan kesihatan lelaki ini menunjukkan beliau sangat sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit.

 

Kisah mengenai Amou Haji mula tular kembali selepas tujuh tahun, dan pemeriksaan kesihatan termasuk ujian hepatitis, parasit, bakteria dan AIDS dibuat semula keatas beliau.

seumur hidup tak pernah mandi, doktor terkejut bila tahu kesihatan lelaki ini

Pasukan penyelidik yang diketuai oleh pakar parasitologi, Dr Gholamreza Molavi dari School of Public Health di Tehran turut memberikan keputusan yang menakjubkan.

 

Tiada sebarang penyakit disebabkan bakteria atau parasit dikesan, walaupun beliau tidak pernah sekali pun mandi serta mempunyai gaya hidup yang tidak bersih.

 

Dr Gholamreza merumuskan lelaki itu tidak merekodkan sebarang jangkitan akibat bakteria atau parasit kerana kandungan antibodinya yang tinggi dan kuat, kerana selama berpuluh dekad beliau sudah sebati dengan persekitaran sedemikian.

Kehadirannya dalam masyarakat juga diterima dan beliau hanya tinggal bersendirian sahaja.

 

Sumber: [1]