Tahanan Berjaya Lari Guna Senduk, Ketua Polis Di Indonesia Dipecat

Dua tahanan dari lokap di Balai Polis Pontianak Utara dilaporkan berjaya melarikan diri dengan hanya menggunakan senduk.

tahanan berjaya lari guna senduk, ketua polis di indonesia dipecat
 
Menurut Kompas.com, dua tahanan itu berjaya meloloskan diri dari lokap dengan mengorek lubang pada dinding lokap menggunakan senduk yang sudah ditajamkan.

tahanan berjaya lari guna senduk, ketua polis di indonesia dipecat
 
Bagaimanapun, polis Pontianak Utara tidak menyatakan jenis senduk yang digunakan kedua tahanan itu bagi melarikan diri.
 
“Seorang daripada tahanan berpura-pura mengaji untuk mengaburi mata anggota polis yang berkawal, manakala seorang lagi mula mengorek dinding lokap. Selepas dinding berlubang, kedua-dua tahanan meloloskan diri. Lubangnya tidak cukup besar, namun mereka masih dapat melarikan diri,” katanya.

 
Namun selepas 12 jam, kedua-dua tahanan itu berjaya dikesan dan ditangkap semula. Seorang tahanan ditahan dalam perjalanannya ke Sambas, manakala seorang lagi ditahan di rumah keluarganya.

 
Akibat daripada kecuaian itu juga, Ketua Polis Pontianak Utara, Hery Purnomo telah dipecat daripada jawatannya.
 
 
Sumber: Kompas.com