Syarikat Beri Amaran Akan Pecat Pekerja Yang Ada Hubungan Sulit, Mahu Cerai

Sebuah syarikat di China mengeluarkan amaran akan memecat kakitangan mereka yang mempunyai hubungan sulit atau sedang dalam proses penceraian.

syarikat beri amaran akan pecat pekerja yang ada hubungan sulit, mahu cerai

Menurut laporan, notis amaran yang dikeluarkan pada 9 Jun lalu oleh sebuah syarikat yang berpangkalan di Zhejiang menganggap perkara itu adalah tingkahlaku yang memudaratkan.

 

Kata mereka, pekerja yang berdepan dengan situasi itu akan menjejaskan produktiviti kerja dan fokus mereka, dan akhirnya memberi kesan kepada syarikat.

 

Dasar tidak konvensional yang dikeluarkan syarikat berkenaan telah mencuri perhatian ramai, termasuk pakar undang-undang dan juga peguam.

 

Menurut peguam Chen Dong daripada Firma Undang-Undang V&T, Undang-Undang Kontrak Buruh menyebut yang pekerja hanya boleh diberhentikan jika mereka gagal patuh pada tugas atau tidak lagi berupaya memenuhi kehendak dan keperluan syarikat.

 

Ujarnya lagi, walaupun pihak syarikat boleh menambah peraturan baru seperti larangan adanya hubungan sulit, alasan pemberhentian itu boleh dicabar di mahkamah.

 

Sumber: News18